Fitnah Setiausaha Sulit PM Berpakaian Mewah, Lelaki Direman

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Polis menahan reman tiga hari seorang pemilik akaun Facebook bagi membantu siasatan terhadapnya yang dipercayai memuat naik hantaran berbaur fitnah di laman sosial itu terhadap Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri.

Menerusi hantaran itu, Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri didakwa menggayakan barang kemas dan pakaian mewah.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz, berkata suspek, seorang lelaki berusia 48 tahun itu ditahan semalam dan direman tiga hari bermula hari ini hingga 17 September ini.

“Suspek seorang lelaki tempatan dan bekerja sendiri. Siasatan sedang dijalankan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Siasatan turut dijalankan mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1995,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Sementara itu, BH melaporkan peguam, Latifah Koya yang mewakili suspek memaklumkan, anak guamnya ditahan di rumah ibunya di Lembah Pantai kira-kira jam 10 malam tadi dan dibawa ke ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya.

Latifah memaklumkan anak guamnya itu tidak sewajarnya direman kerana sudah memberi kerjasama baik kepada siasatan polis.

“Kes ini adalah kes sivil dan polis tidak perlu meminta perintah reman terhadap anak guam saya, kerana dia sudah memberi kerjasama.

“Mereka boleh rekod saja kenyataannya kerana perbuatan yang didakwa dilakukan oleh anak guam saya itu bukan perbuatan yang mengancam keselamatan negara,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat