PH dakwa wujud campur tangan politik dalam organisasi media

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Jaminan kebebasan akhbar yang dijanji oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob didakwa bercanggah dengan tindakan pendakwaan dan campur tangan politik.

Kenyataan bersama oleh Penerangan Pakatan Harapan (PH) mendakwa jaminan kebebasan media yang dibuat Perdana Menteri seolah-olah indah khabar dari rupa.

“Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah dilapor media sebagai memberi jaminan berhubung kebebasan akhbar.

“Walaupun jaminan tersebut diterima baik, namun realitinya indah khabar dari rupa,” kata Penerangan PH itu pada Khamis.

Menurutnya, beberapa hari lalu, dilaporkan mengenai pelantikan Pengarang Kumpulan akhbar New Straits Times (NST) yang baru, yang didakwa pelbagai pihak termasuk tokoh wartawan telah dibuat atas campur tangan politik

“Ini satu perkara yang amat dikesali, dan PH mengambil pendirian bahawa parti-parti politik tidak patut mencampuri urusan organisasi media terutama seperti yang kita saksikan ini.

“Ia adalah petanda tidak baik terhadap tanggapan kebebasan pelaporan serta agenda politik organisasi media tersebut kelak.

“Kami juga kesal dengan tindakan pihak Kerajaan melalui Timbalan Pendakwa Raya yang telah mendakwa dua pengamal media dari akhbar The Edge di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan, iaitu jenayah fitnah.

“Dakwaan ini berkait siri artikel yang diterbit The Edge berhubung jual beli saham murah (penny stock) yang dipercayai dimanipulasi pihak-pihak tertentu di Bursa Malaysia,” jelasnya.

Justeru Penerangan PH menuntut kerajaan untuk menarik balik dakwaan jenayah ini, dan jika pihak-pihak yang terkesan punyai keinginan mereka boleh memfailkan saman sivil terhadap media tersebut.

“Media memainkan peranan yang amat penting terutama dalam usaha semak imbang dan menjamin ketelusan urustadbir, termasuk dalam bidang ekonomi.

“Oleh itu, jaminan Perdana Menteri ini perlu dizahirkan bukan sahaja di bibir, tetapi melalui tindakan-tindakan yang selaras dengan jaminan tersebut,” tegasnya.

Semalam Ismail Sabri memberi jaminan kepada kebebasan akhbar di negara ini.

Beliau berkata, media mempunyai kebebasan sepenuhnya selagi laporan yang diterbitkan itu tepat dan bertanggungjawab.

“Campur tangan politik? Media mempunyai kebebasan sepenuhnya asalkan laporan itu tepat dan bertanggungjawab.

“Saya beri jaminan berhubung kebebasan akhbar,” katanya.

Sebelum ini, terdapat dakwaan daripada beberapa pihak termasuk segelintir tokoh wartawan mempertikaikan pelantikan Farrah Naz Karim sebagai Pengarang Kumpulan akhbar New Straits Times (NST) yang baru dengan mendakwa ia dibuat atas campur tangan politik.

Kesatuan Kebangsaan Wartawan Semenanjung Malaysia (NUJM) dan Gerakan Media Merdeka (Geramm) turut membangkitkan kebimbangan mengenai laporan berita bahawa NST menggantikan pengarang kumpulan organisasi itu berikutan campur tangan sebuah parti politik.

Ketika ditanya mengenai perkara itu, Ismail Sabri bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

“Saya pun belum baca berita lagi, nanti (sudah) tengok saya akan komen… saya tak nak komen benda saya tidak tahu.
“Tidak adil bagi saya komen perkara yang saya tidak ada maklumat penuh mengenainya,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat