Pusat Sukan, Gimnasium Boleh Beroperasi Masa Terdekat – KBS

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah menyediakan cadangan bagi melaksanakan prosedur operasi standard (SOP) ketat untuk membolehkan pusat sukan dan gimnasium kembali beroperasi dalam masa terdekat.

Menterinya, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, pihaknya sedar tentang desakan berhubung pengoperasi semula fasiliti-fasiliti sukan berkenaan dan bersimpati kepada operator terlibat.

Justeru, pihaknya kini sedang berurusan dengan Kementerian Kesihatan (KKM) agar perkara itu dapat diatasi.

“Kita berurusan dengan cukup rapat dengan KKM. Kita juga sudah sediakan cadangan untuk laksanakan SOP yang ketat membolehkan fasiliti (gimnasium dan bowling) dibuka.

“Saya percaya KKM sedang perhalusi SOP berkenaan. InsyaALLAH dalam masa terdekat, pusat gimnasium dan bowling ini dapat beroperasi,”katanya di Dewan Rakyat ketika Mesyuarat Pertama Penggal Keempat, Parlimen ke-14.pada Rabu.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan daripada Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Bebas-Muar) yang mahu Kementerian Belia dan Sukan mensyorkan pembukaan operasi pusat sukan dan gimnasium dibuka semula.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat