Nama 16 Baris cukup terkenal di kalangan peminat-peminat muzik rap dan hip-hop di seluruh Asia Tenggara. Setiap siri yang dikongsikan pada saluran YouTube menampilkan pemuzik-pemuzik ‘underground’ yang hebat belaka.
Tapi siapa sangka, pada awal pagi tadi rapper terkemuka dunia Snoop Dogg turut menonton 16 Baris dan memuji siri tersebut dengan memuat naik gambar di Instagram Story miliknya.
Ternyata Instagram Story yang dimuat naik oleh Snoop Dogg itu telah menggembirakan beberapa penggerak industri muzik rap dan hip-hop tempatan seperti Joe Flizzow selaku pengasas 16 Baris, Wo Shi Jay salah seorang rapper yang membuat persembahan dalam siri tersebut dan juga label Def Jam Recordings South East Asia.
Pada masa yang sama juga Joe Flizzow turut memuat naik gambar bersama-sama rapper terkemuka dunia itu semasa sesi panggilan Zoom yang berlangsung pada pagi tadi di Instagram Story miliknya.
Daripada gambar-gambar yang dikongsikan oleh Joe Flizzow, adakah itu satu ‘hint’ di mana bakal ada kolaborasi di antara beliau bersama Snoop Dogg pada masa akan datang?
Sama-sama kita nantikan berita baik daripada mereka. Jika ia benar terjadi, pasti ‘kolaborasi’ itu menjadi satu kebanggaan buat penggerak dan peminat industri muzik rap dan hip-hop tanah air.
The Vcoket