Azalina buat ‘comeback’ pengerusikan sidang Dewan Rakyat

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kemunculan semula Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said di kerusi Speaker Dewan Rakyat mengejutkan ahli-ahli Parlimen termasuk orang ramai yang menonton sesi persidangan.

Azalina hari ini mempengerusikan persidangan Dewan Rakyat sesi petang sebagai timbalan speaker Dewan Rakyat buat sementara waktu.

Menjelaskan kekeliruan ahli Parlimen yang ada di Dewan, Azalina berkata Speaker, Datuk Azhar Azizan Harun memintanya berbuat demikian bawah peraturan mesyuarat 7(3).

“Saya telah diminta Speaker di bawah 7(3) diminta untuk pengerusikan mesyuarat bagi sementara waktu,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Pun begitu, rata-rata ahli Parlimen kelihatan senang jika Azalina kembali memegang jawatan timbalan speaker Dewan Rakyat kerana menurut mereka beliau sesuai di posisi berkenaan.

Pada 23 Ogos lalu, Azalina mengesahkan beliau meletakkan jawatan sebagai timbalan speaker Dewan Rakyat.

Azalina berkata, beliau membuat keputusan itu atas beberapa alasan, susulan pelantikan Perdana Menteri baru iaitu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan tuntutan rakyat yang kuat serta jelas bagi kerjasama pelbagai parti.

“Saya meletakkan jawatan saya supaya kerajaan dan pembangkang mempunyai lebih ruang untuk menetapkan semula Dewan Rakyat supaya ia benar-benar dapat berfungsi sebagai forum bagi persaingan dan kerjasama profesional antara parti mengenai dasar dan tadbir urus,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat