Pasang tiang tapi tak masuk elektrik, Orang Asli bukan lagi deposit tetap BN

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pembelaan nasib dan kehidupan Orang Asli di Gua Musang, Kelantan masih berada di tahap menyedihkan, kata Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal.

Ketua Armada Bersatu itu malah menegaskan undi Orang Asli bukan lagi deposit tetap Barisan Nasional (BN).

“Alhamdulillah Pemuda Perikatan Nasional (PN) telah turun ke Pos Simpur untuk menyantuni mereka dan tegaskan bahawa mengundi bulan tidak merugikan komuniti mereka malah akan memaksa pihak sana berkerja lebih keras memenangi hati dan menunaikan janji yang ditaburi selama ini.

“Mana tidaknya, politik lapuk ugutan ini bukan benda baru. Di Kelantan dah lama rasai. Contohnya bawa masuk tiang elektrik, buat rumah batu tapi sekadar setengah jalan. Tak masukkan elektrik dan biarkan “tergantung”. Kenapa sebegini? Untuk pastikan Orang Asli sentiasa bergantung kepada mereka.

“Maka politik zalim ini wajar ditamatkan dalam PRK Nenggiri. Kalah atau menang JAKOA tetap ada dan perlu tunaikan tanggungjawab mereka kepada Orang Asli,” tegas Wan Ahmad Fayhsal.

Menurut beliau,politik ugutan masih jadi mainan untuk penentuan siapa dapat pembangunan dan pembelaan

“Orang Melayu telah tolak dacing (BN) jadi takkan Orang Asli nak jadi benteng terakhir? katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat