Tiada arahan daripada kerajaan sediakan stok makanan untuk 72 jam – Mat Sabu

BUKIT KATIL – Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu menegaskan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Kerajaan Madani tidak mengeluarkan arahan supaya pengguna menyediakan stok makanan dan barangan keperluan asas sekurang-kurangnya untuk tempoh 72 jam.

Menurut beliau, Perdana Menteri menyatakan bahawa pengguna tidak perlu menyediakan stok makanan sebaliknya disarankan untuk berbelanja keperluan asas seperti biasa.

“Tak ada arahan lagi, semalam Perdana Menteri dalam forum bersama saya di Kuala Lumpur beliau kata tidak perlu stock up, sekarang ini kita beli cara biasa.

“Kita tak mahu ada pembelian panik, beli saja bekalan makanan dan keperluan asas seperti biasa kita beli.

“Seperti saya sebut stok beras negara cukup untuk tempoh 6 bulan akan datang. Kita akan sentiasa sediakan stok beras mencukupi untuk 6 bulan mendatang.

“Stok ikan pun begitu juga. Bekalan ikan kita cukup untuk tempoh 8 bulan akan datang.

“Namun ada dibimbangi kalau berlaku serangan siber, tapi selalunya kalau orang datang beli ni, dia beli untuk dua tiga hari. Jadi kita harapkan pembelian secara biasa,” katanya ketika sidang media dalam program Semarak Tani @Jualan Agro Madani Mega Melaka 2026: Jimat Dapur Rakyat pada Sabtu.

Sebelum itu, Ketua Pegawai Eksekutif Persekutuan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) Dr T Saravanan menyarankan pengguna menyediakan stok makanan dan barangan keperluan asas sekurang-kurangnya untuk tempoh 72 jam sebagai langkah persediaan menghadapi kemungkinan gangguan bekalan susulan ketidaktentuan geopolitik global dan bencana alam.

Saravanan berkata, persediaan awal itu bagaimanapun tidak bermaksud pengguna perlu melakukan pembelian panik atau menyimpan barangan secara berlebihan sehingga menjejaskan bekalan di pasaran.

Sebaliknya, beliau berkata, pengguna boleh membuat pembelian secara berperingkat mengikut kemampuan kewangan dan keperluan keluarga.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat