KUALA LUMPUR- Dua pesawat pengangkut Airbus A-400M Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) diterbangkan ke Pangkalan Udara Al Maza, Mesir untuk membawa rakyat Palestin yang cedera ke Malaysia bagi menerima rawatan.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengesahkan perkara itu dan berkata segala butiran berhubung misi tersebut akan dimaklumkan dalam minggu ini.
“Ya. Diminta untuk tunggu hingga Jumaat ini, butiran akan dimaklumkan,” katanya ringkas, lapor Bernama.
Sementara itu, Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari memuji langkah kerajaan itu,” katanya di Facebook.
“Ahamdulillah dan tahniah, satu langkah yang mulia dan baik.
Pada 4 Ogos lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan hasrat untuk membawa rakyat Palestin yang cedera ke Malaysia bagi menerima rawatan.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan pidato dalam acara kemuncak pada Himpunan Pembebasan Palestin di Axiata Arena, Bukit Jalil.