PAS dah lama jangka Muhyiddin tak salah, mangsa politik terancang – Takiyuddin

KUALA LUMPUR – Sejak dari awal lagi, PAS telah menjangkakan keputusan pembebasan oleh Mahkamah Tinggi ke atas Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana yakin bahawa pertuduhan yang dikenakan ke atas beliau yang juga merupakan bekas Perdana Menteri ke-8 dan Presiden Bersatu itu merupakan pertuduhan terpilih dan berbaur politik.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, PAS turut yakin bahawa tindakan terhadap Muhyiddin itu juga adalah bagi menutup aib dan melencongkan perhatian rakyat dari isu yang berlaku di dalam parti Umno yang menjadi sebahagian dari Kerajaan PH-BN di bawah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Alhamdulillah, PAS bersyukur dan mengalu-alukan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada pagi tadi yang telah melepas dan membebaskan Pengerusi PN, Muhyiddin daripada empat pertuduhan guna kedudukan untuk suapan berjumlah RM232.5 juta yang dikaitkan dengan program Jana Wibawa.

“Dari awal lagi, PAS telah menjangkakan keputusan ini kerana yakin bahawa pertuduhan yang dikenakan ke atas beliau yang juga merupakan bekas Perdana Menteri ke-8 dan Presiden Bersatu itu merupakan pertuduhan terpilih dan berbaur politik.

“Kami sebagai sekutu Bersatu di dalam PN sememangnya pasti bahawa (tuduhan itu) ia satu perancangan untuk melemahkan PN, namun saya tidak nampak ia akan menjejaskan prestasi kita, malah telah menambahkan lagi sokongan kepada kita dalam pilihan raya negeri di enam buah negeri Sabtu lalu,” kata Takiyuddin dalam kenyataan pada Selasa.

Tegas beliau, PAS menentang sekeras-kerasnya penyalahgunaan agensi penguat kuasa sebagai alat untuk mencapai tujuan politik.

“Jelas, pendakwaan ke atas Muhyiddin adalah satu bentuk pemangsaan politik yang terancang.

“PAS turut yakin bahawa tindakan terhadap Muhyiddin itu juga adalah bagi menutup aib dan melencongkan perhatian rakyat dari isu yang berlaku di dalam parti Umno yang menjadi sebahagian dari Kerajaan PH-BN.

“PAS berdoa semoga Muhyiddin akan selamat dan dipelihara oleh Allah,” ucapnya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat