Status PBM dan lima parti lain sertai BN sedang diperhalusi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Barisan Nasional (BN) mengesahkan menerima enam permohonan parti untuk menyertai gabungan itu.

Pun begitu, BN masih membincangkan permohonan berkenaan sebelum parti-parti itu diterima menjadi komponen BN.

Mesyuarat Agung Tahunan Dewan Tertinggi BN membincangkan permohonan beberapa buah parti untuk menjadi komponen BN,” kata Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

“Kesemua permohonan tersebut sedang diperhalusi oleh pihak urus setia BN,” katanya.

Bagaimanapun, Presiden MIC, Tan Sri S A Vigneswaran memaklumkan enam parti yang buat permohonan.

Presiden MIC Tan Sri S A Vigneswaran

“Enam yang minta tapi belum buat keputusan,” ujar Vigneswaran ringkas ketika ditemui media di Menara Datuk Onn malam ini.

Kelmarin Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan memberitahu keputusan Parti Bangsa Malaysia (PBM) dan beberapa lagi parti politik yang mahu menyertai BN akan dibincang dan diputuskan esok (hari ini).

Mohamad bagaimanapun enggan mendedahkan maklumat mengenai parti lain yang turut berhasrat menyertai BN.

Selain itu dalam perkembangan lain, Zambry turut mengumumkan Mesyuarat Agung Dewan Tertinggi mengesahkan penyambungan pelantikan Bendahari Agung BN, Datuk Seri Hishammuddin Hussein bagi tempoh dua tahun lagi.

Sementara itu, Dewan Tertinggi juga bersetuju melantik Datuk Zahida Zarik Khan sebagai Ketua Puteri BN.

“Mesyuarat juga dimaklumkan tentang persiapan parti bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) di semua peringkat dan komponen BN.

“Dewan Tertinggi berpuashati dengan tahap kesiapsiagaan yang sedang dijalankan di peringkat Parlimen dan Dewan Undangan Negeri seluruh negara,” kata Zambry lagi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat