Pengadil Tempatan Adili Aksi Final Piala FA – FAM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan menggunakan pengadil tempatan bagi aksi final Piala FA antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Terengganu FC (TFC) yang dijangka berlangsung pada hujung bulan ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pengadil FAM, Datuk S Sivasundaram berkata keputusan berkenaan dibuat selepas meneliti pelbagai faktor selain terdapat beberapa pengadil tempatan turut diiktiraf Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

Beliau yang juga Timbalan Presiden FAM berkata, pentas perlawanan akhir menjadi medan untuk menggunakan pengadil berkenaan dan membuktikan pengadil tempatan juga tidak kurang hebatnya.

“Kita juga masih belum mengetahui tarikh dan venue perlawanan akhir Piala FA kali ini. Tetapi, saya boleh sahkan FAM akan menggunakan pengadil tempatan untuk mengendalikan perlawanan itu.

“Kita tahu terdapat cadangan terutamanya di media sosial supaya final Piala FA ini dikendalikan oleh pengadil dari luar negara, namun selepas meneliti semua aspek kami fikir lebih elok guna pengadil tempatan,” katanya kepada BH sukan.

Sebelum ini, terdapat cadangan di media sosial dan kelab penyokong supaya FAM menggunakan khidmat pengadil luar negara untuk mengadili perlawanan akhir Piala FA akan menemukan JDT dan TFC itu.

Untuk rekod, aksi final Piala FA 2019, FAM menggunakan khidmat pengadil Jepun, Takuto Okabe dengan dibantu dua penolong pengadil dari negara sama iaitu Akane Yagi dan Osamu Nomura.

Mereka turut dibantu pengadil tempatan, Razlan Joffri Ali sebagai pengadil keempat atau pengadil simpanan.

Itu adalah perlawanan terakhir Piala FA selepas saingan itu tidak dapat dipertandingkan pada 2020 dan 2021 susulan pandemik COVID-19 sebelum ia diadakan semula pada tahun ini. – BH

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat