Bekas Pengarah Urusan Syarikat Berkait LCS Berdepan Pertuduhan Rasuah Esok

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Seorang bekas pengarah urusan syarikat berkaitan kes kapal tempur pesisir (LCS) bakal berdepan pertuduhan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam kenyataan berkata, pihaknya telah mendapat izin mendakwa terhadap seorang bekas pengarah urusan syarikat berkaitan kes LCS.

Individu itu akan dihadapkan pertuduhan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada jam 9 pagi 16 Ogos.

Pada 11 Ogos lalu, SPRM sudah mengemukakan kertas siasatan dakwaan penyelewengan dalam pengendalian projek pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS), kepada Jabatan Peguam Negara.

SPRM berkata, pihaknya sudah melengkapkan kertas siasatan membabitkan beberapa individu yang mempunyai kaitan dengan dakwaan berkenaan.

“Kertas siasatan sudah dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara dengan saranan SPRM untuk mempertimbangkan pertuduhan terhadap beberapa individu,” katanya.

Berikutan itu, SPRM menunggu arahan lanjut daripada Pejabat Peguam Negara berhubung kertas siasatan berkenaan.

Sebelum ini, Jemaah Menteri dilapor meminta SPRM menyegerakan siasatan berhubung isu membabitkan projek LCS milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat