Bekas Mufti Johor Dilantik Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah MKI

- Advertisement -

SHAH ALAM – Bekas Mufti Johor, Datuk Nooh Gadot dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI) berkuatkuasa sejak 30 Jun lalu.

Pelantikan beliau diperkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Pengerusi MKI dalam majlis pengurniaan watikah di Istana Bukit Kayangan, hari ini.

Sultan Sharafuddin dalam satu kenyataan dilaporkan bertitah, pelantikan Nooh berkuatkuasa sehingga 29 Jun 2024 menggantikan Datuk Wan Zahidi Wan Teh yang menjadi Mufti Perak.

Terdahulu, Sultan Sharafuddin dipilih sebagai Pengerusi MKI pertama dalam tempoh dua tahun berkuatkuasa pada Mac lalu susulan Mesyuarat Majlis Raja-Raja Kali Ke-258 yang membuat ketetapan Raja Pemerintah wajar memenuhi peranan dan tanggungjawab Pengerusi selama dua tahun.

Sementara Perdana Menteri pula dilantik sebagai Timbalan Pengerusi selaras dengan perakuan Jawatankuasa Tertinggi Hal Ehwal Islam Peringkat Persekutuan. – Utusan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat