PRK Slim: BN Akan Ditentang 2 Calon Bebas

- Advertisement -

SLIM: Calon Barisan Nasional (BN) Mohd Zaidi Aziz akan ditentang dua calon bebas dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Slim pada 29 ogos ini.

Pegawai Pengurus PRK, Shamsul Ridzuan Idris mengumumkan dua calon Bebas tersebut ialah Amir Khusyairi Mohamad Tanusi, dan Santhara Sekaran Subramaniam. ketiga-tiga calon menghantar borang percalonan masing-masing pada 9.02 pagi bagi Santhara, Zaidi jam 9.03 pagi serta Amir pada jam 9.04 pagi.

Proses pencalonan telah berlangsung di Dewan Sri Tanjung, Majlis Daerah Tanjung Malim, Perak. Dan proses berkempen telah ditetapkan selama 14 hari.

Pengundian awal PRK Slim akan dilakukan pada 25 Ogos.

PRK DUN Slim diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib pada 15 Julai.

Pada PRU14, Mohd Khusairi yang mewakili BN menang dengan majoriti 2,183 undi menewaskan calon Bersatu yang bertanding atas tiket PKR, Mohd Amran Ibrahim dan calon PAS, Muhammad Zulfadli Zainal.

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat