Parti BERSATU Akan Sertai Muafakat Nasional?

- Advertisement -

CYBERJAYA: Muafakat Nasional (MN) bakal terima rakan kerjasama baharu, kata Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Tan Sri Annuar Musa.

“Sambutan ulang tahun pertamanya pada September ini menyaksikan MN bakal di perkasa dan penyertaan anggota baharu serta jalinan strategik yang lebih melebar, kata Annuar Musa di platform rasmi twitter beliau.

“MN bakal menyambut ulangtahun pertama sambutannya pada 14 September.

“Usaha UMNO dan PAS mempelopori politik watasiyah melalui pendekatan taawun dan taayush telah membawa keberhasilan kepada ummah. Hasil kerjasama ini membawa kesejahteraan kepada rakyat, katanya.

Menurut sumber SuaraTV, Bersatu bersetuju menyertai Muafakat Nasional yang mendokong Perikatan Nasional sebuah gabungan besar “The Grand Coalition” dan pengumuman rasmi oleh Presiden Bersatu akan diumumkan pada bila-bila masa sahaja.

Sementara itu, kerjasama UMNO dan PAS yang dimenterai pada tahun lepas telah mencatat sejarah negara apabila 2 parti melayu terbesar ini bergabung secara rasmi dengan membawa agenda “Perpaduan Ummah” melalui Muafakat Nasional.

Didalam majlis itu, Presiden UMNO Dato Seri Dr Ahmad Zahid bin Hamidi dan Presiden PAS Dato Seri Tuan Guru Abd Hadi Awang telah menandatangani piagam tersebut di Putra World Trade Centre (PWTC) bersaksikan puluhan ribu penyokong masing-masing.

Piagam yang membawa semangat Islam dan bangsa Melayu dan tidak meminggirkan agama, kaum dan budaya etnik lain sebagai paksi kepada kestabilan politik, keharmonian kaum dan kesejahteraan negara.

Tadbir urus yang baik, dasar pembagunan yang inklusif serta  pengagihan yang bersifat adil kepada semua bangsa di negara ini juga menjadi keutamaan dalam piagam yang telah dipersetujui ini.

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat