Situasi kewangan Sri Lanka dan Malaysia tak sama

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Situasi kewangan Sri Lanka jauh berbeza dengan Malaysia,” kata Datuk Seri Najib Razak.

Bekas Perdana Menteri itu memaklumkan, masalah Sri Lanka ialah kekurangan rizab matawang asing (FOREX) untuk membeli barang import dan untuk membayar hutang mata wang asing.

Menurut beliau, rizab mata wang asing Sri Lanka juga semakin berkurang sebab negara itu telah bertahun-tahun mencatatkan defisit perdangangan antarabangsa (iaitu nilai import lebih tinggi banding nilai eksport.

“Negara Sri Lanka yang merupakan net importer bahan api sedang menghadapi masalah besar mengimport bahan api untuk petrol dan untuk menjana kuasa elektrik setelah harga minyak dan gas dunia telah melambung tinggi.

“Keadaan di sana adalah jauh berbeza dengan Malaysia,” tegas Najib.

Jelas beliau, hutang Sri Lanka dalam mata wang asing sebanyak US$51b dengan rizab asing cuma US$2.4b.

Manakala hutang Malaysia dalam mata wang asing sebanyak US$6b tetapi rizab asing kita adalah US$116b, katanya.

“Sri Lanka telah mencatat defisit perdagangan antarabangsa tiap-tiap tahun sejak lebih 10 tahun lamanya.

“Malaysia pula telah mencatat kelebihan (surplus) bagi perdagangan antarabangsa dengan konsisten sejak lebih 25 tahun dahulu,” ujarnya.

Najib memberitahu, Sri Lanka ialah negara pengimport bahan api dan harga dunia yang tinggi merupakan beban besar padanya.

“Malaysia pula ialah negara pengeksport bahan api dan harga minyak dan gas dunia yang tinggi merupakan manfaat besar bagi kita.

“Jadi, bagaimana pula Malaysia akan bankrap seperti Sri Lanka?

“Tetapi geng Pakatan Harapan (PH) tidak kisah tetapi akan menggunakan kesempatan ini untuk menipu, menakutkan dan menghasut rakyat,” bidas Najib.

Kata beliau, besar paling nyata ketika ini ialah warga Sri Lanka kini perlu beratur hampir seminggu untuk membeli petrol.

“Lebuhraya Malaysia pula sesak dengan trafik ketika kita pulang untuk raya minggu lepas,” kata Najib.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat