RCI: Tabung Haji ikrar bagi kerjasama penuh

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (TH) mengambil maklum dan menyambut baik keputusan kerajaan untuk menubuhkan sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ke atas isu-isu berbangkit mengenai TH hasil pengauditan perunding-perunding dari tahun 2014 hingga 2020.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Seri Amrin Awaluddin berkata TH akan memberikan kerjasama penuh kepada Suruhanjaya tersebut berdasarkan lunas-lunas perundangan.

“TH berpendapat bahawa hasil siasatan dan pandangan dari RCI kelak dapat membantu TH menambah baik dari segi pengurusan dan aspek tadbir urus,” katanya dalam satu kenyataan media, semalam.

Amrin turut memberitahu, aspek tadbir urus, integriti dan reputasi TH sebagai institusi simpanan kewangan Islam amat penting bagi memastikan keyakinan dan kepentingan orang ramai terjamin khususnya para pendeposit.

” TH telah dan senantiasa berusaha untuk melaksanakan proses penambahbaikan terhadap operasi dan urus tadbirnya demi kepentingan para pendeposit,” jelas beliau.

Pada Rabu, kerajaan bersetuju menubuhkan RCI di bawah Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 (Akta 119) bagi menyiasat isu-isu berbangkit mengenai Lembaga Tabung Haji.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, persetujuan itu dicapai dalam mesyuarat Jemaah Menteri hari ini untuk menyiasat hasil pengauditan perunding-perunding seperti PricewaterhouseCoopers (PwC), Ernst & Young (EY) dan Roland Berger dari tahun 2014 hingga 2020.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat