Kenapa Laporan Kewangan Tabung Haji 2018/19 Tidak Dibentang Di Parlimen, Tanya Ahmad Maslan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kelantangan Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan ketika bertanyakan soalan mengenai Tabung Haji dalam sesi perbahasan di parlimen semalam, menyebabkan sebilangan ahli parlimen pembangkang ‘sentap’.

Kekecohan bermula apabila beliau memilih perkataan “melelong” untuk menggambarkan urusan pemindahan aset milik agensi tersebut ke sebuah syarikat tujuan khas dibawah Kementerian Kewangan, sebelum dijual ke pihak ketiga.

Mulai dari saat itu, ucapan beliau berterusan diganggu beberapa orang ahli parlimen pembangkang sehingga dari banyak soalan yang dikemukakan beliau, hanya beberapa sahaja yang jelas kedengaran.

Soalan pertama Ahmad Maslan sebelum beliau mula diganggu ialah, mengapa laporan kewangan tahunan Tabung Haji tidak dibentang di parlimen selama 2 tahun berturut-turut oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH)?

Kegagalan ini menurut Ahmad Maslan, melanggar pelbagai Seksyen dibawah Akta 240 Badan Berkanun (Akaun dan Laporan Tahunan).

Kerajaan BN terdahulu jelas Ahmad Maslan, tidak pernah gagal membentangkan laporan audit Tabung Haji ke parlimen, walaupun BN seringkali dituduh bermacam-macam oleh pembangkang dalam pelbagai isu berkaitan pengurusan Tabung Haji.

Berikutan kegagalan mengemukakan laporan audit itu, beliau turut bertanya sama ada Tabung Haji dibawah pentadbiran kerajaan PH membuat audit ke atas akaun Tabung Haji atau tidak, dan jika tidak, bagaimana pengumuman mengenai hibah boleh dibuat?

Selain itu, Ahmad Maslan turut bertanya beberapa soalan lain mengenai Tabung Haji

Bagaimanapun, pelbagai gangguan yang dibuat ahli parlimen pembangkang yang mahu Ahmad Maslan menarik balik perkataan melelong itu, sedikit sebanyak mengganggu tumpuan beliau ketika bertanya.

Kedengaran di akhir ucapannya Ahmad Maslan cuba menyampaikan 2 rangkap pantun tapi dihentikan oleh Timbalan Speaker Dato’ Rashid Hasnon yang kelihatan berhempas pulas cuba mengawal keadaan – SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat