DAP Jadi Parti Terkuat Kerana Orang Melayu – Tun M

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pengaruh DAP dalam Kerajaan Perpaduan menjadi sangat kuat kesan daripada sikap orang Melayu yang bosan dengan politik.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, impak daripada penurunan peratusan keluar mengundi di kalangan orang Melayu maka hari ini parti yang terbesar dalam kerajaan ialah DAP.

“Sebelum PRU15 terdengar berita angin bahawa orang Melayu sudah bosan dengan politik. Benarkah?

“Dalam PRU15, 75% peartus sahaja dari pengundi Melayu keluar mengundi. Apakah ini bermakna 25 peratus Melayu bosan?

“Tetapi 95 peratus daripada orang Cina keluar mengundi. Apakah ini bermakna orang Cina tidak bosan dengan politik di Malaysia? Apakah ini bermakna mereka berminat dengan politik. Mengapa? Apa kesannya? Pada PRU14 DAP dapat 42 kerusi Dewan Rakyat. Tak pernah jumlah yang begini besar,” kata Dr Mahathir dalam kenyataan pada Khamis.

Jelas beliau, kesan itu terjadi kerana pengundi Melayu dari parti Bersatu, yang benci dengan Datuk Seri Najib Razak dan memberi undi kepada DAP.

Bagaimanapun, pada PRU15 Bersatu tidak lagi bersama dalam Pakatan Harapan (PH).

“Sudah tentu DAP tidak dapat undi Melayu. Tetapi DAP menang 40 kerusi Dewan Rakyat.

“Sebab? Kerana 95 peratus orang Cina keluar undi. Orang Cina tidak bosan. Hasilnya PH yang lebih ramai bukan Melayu memperolehi 82 wakil rakyat.

“Sementara orang Melayu yang jadi majoriti penduduk di Malaysia dapat hanya 73 wakil rakyat (tidak termasuk Melayu PKR, Amanah dan DAP),” ujarnya.

Justeru kata Dr Mahathir, hari ini parti yang terbesar dalam Kerajaan ialah DAP.

“Tentulah pengaruh DAP dalam Kerajaan Perpaduan amat kuat,” kata beliau.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat