Islamofobia: PH akan jumpa Pesuruhjaya Tinggi India

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pakatan Harapan (PH) akan mengadakan pertemuan dengan Pesuruhjaya Tinggi India ke Malaysia untuk memberi penegasan terhadap isu Islamofobia yang tercetus mutakhir ini.

Majlis Presiden PH dalam kenyataan pada Rabu memaklumkan mereka meneliti perkembangan isu beberapa wakil parti Bharatiya Janata Party (BJP) di India minggu lalu yang telah mengeluarkan kenyataan berhubung Nabi Muhammad SAW yang telah mengguris hati serta menimbulkan kemarahan umat Islam seluruh dunia.

“Kami menyeru agar Kerajaan India yang dipimpin Perdana Menteri Narendra Modi menjaga keharmonian serta kesederhanaan kehidupan beragama di India.

“Kami turut menyeru agar tindakan-tindakan kezaliman dan penghinaan terhadap mana-mana penganut agama di India termasuk Kristian, Budha, Muslim serta kasta seperti Dalit dihentikan,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,593FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat