Perdana Menteri Menghadap Agong Bincang Darurat dan Rombakan Kabinet?

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka menghadap DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong pada jam 2.30 petang ini.

Difahamkan pertemuan ini bertujuan membincang lanjut mengenai hasil pertemuan YDP Agong dengan Ketua-Ketua Parti politik utama negara pada Rabu – Jumaat lalu.

Perdana Menteri dijangka mengemukakan pandangan kerajaan agar darurat disambung sehingga 31 Disember 2021.

YDP Agong akan mengadakan mesyuarat khas Raja-Raja Melayu esok tanpa memaklumkan kepada umum mengenai tujuan mesyuarat tersebut.

Sementara itu spekulasi bertiup kencang Muhyiddin akan mengemukakan rombakan kabinet menggugurkan dua orang menteri dari PAS dan BERSATU serta melantik Timbalan Perdana Menteri dari UMMO bagi mengukuhkan lagi kerajaan sedia ada.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat