Pelakon Utama Itaewoon Class, Park Seo Joon Bakal Bintangi Filem Sekuel Captain Marvel

- Advertisement -

Sebelum ini, Ma Dong-Seok dikhabarkan menyertai filem Marvel ‘The Eternal’. Terbaharu, Park Seo Joon seorang pelakon terkenal Korea Selatan dikhabarkan akan membintangi filem The Marvel iaitu sekuel kepada filem Captain Marvel.

Menurut laporan, Park Seo Joon baharu selesai menjalani penilaian dalaman serta perbincangan selepas mendapat tawaran menyertai The Marvels. Difahamkan, Park Seo Joon akan ke Amerika untuk memulakan penggambaran filem tersebut sekitar bulan Julai setelah selesai menghabiskan penggambaran filem Concrete Utopia

Walau bagaimanapun, agensi pengurusan Park Seo Joon iaitu Awesome ENT enggan mengulas lanjut mengenai berita tersebut dan segala butiran termasuk watak bakal dilakonkan oleh Park Seo Joon masih menjadi teka-teki. Malah, The Marvels arahan Nia DaCosta itu dijangka akan ditayang pada 11 November 2022.

The Vocket

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat