Anji Ditahan Polis

- Advertisement -

Jakarta: Penyanyi Indonesia Anji, 42, ditahan atas dakwaan penyalahgunaan dadah jenis ganja, Jumaat lalu.

Anji yang popular dengan lagu Bidadari Tak Bersayap itu ditahan ketika dia bersendirian di studio muziknya di Cibubur, Jakarta Timur.

Ketua Jabatan Antidadah Polis Metro Jakarta Barat, Ronaldo Maradona Siregar berkata, turut ditemukan di studio berkenaan adalah dadah jenis ganja.

“Ketika ditahan, dia memang bersendirian serta memberikan kerjasama sewaktu menjalani pemeriksaan. Cuma maklumat lain akan kami maklumkan kemudian,” katanya.

Menurut Ronaldo, Anji atau nama asalnya Erdian Aji Prihartanto tidak melawan ketika ditahan sebaliknya memberikan kerjasama baik kepada pihak polis.

“Kami menerima maklumat daripada orang awam dan seterusnya Asisten Komisioner Polis Harry Gasgari membuat serbuan di studio Anji di Cibubur,” katanya.

Susulan penangkapan itu diketahui umum, nama Anji sempat menjadi sohor kini di Twitter Indonesia.

Warganet turut menyorot kembali ciapan Anji, termasuk mengenai dadah pada 25 Mac 2013 yang kembali ‘berkicau’ di Twitter.

Ciapan itu berbunyi ‘Saya lebih gemar menghasilkan dadah sendiri berbanding melakukan sesuatu yang mengakibatkan orang lain terbunuh’.

– New Straits Times

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat