Dr Daroyah Merintis Kejatuhan PKR Selangor?

UMNO Tanding Logo BN, Kekal Keputusan Tidak Sertai PN Secara Rasmi

KUALA LUMPUR - UMNO akan menggunakan lambang Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) susulan keputusan tidak menyertai Perikatan Nasional (PN) sebagai...

Individu Main Air Banjir Akan Dikompaun RM1,000 – Polis

RANTAU PANJANG - Kompaun RM1,000 akan dikenakan kepada mana-mana individu yang bermain air dan tidak mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan sepanjang musim...

Tak Perlu Timbulkan Isu Siapa Menumpang atau Siapa Dominan, Kata Saifuddin

KUANTAN – Tidak timbul isu parti mana yang lebih dominan sekiranya gabungan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Pas dan UMNO dibentuk bagi menghadapi Pilihan...

1,309 Kes Baru Covid-19, KL Catat Jangkitan Tertinggi Hari Ini

KUALA LUMPUR — Malaysia hari ini masih mencatatkan empat angka kes baharu Covid-19 iaitu 1,309 kes dengan Kuala Lumpur mencatatkan kes tertinggi iaitu 473...

Saintis China Dakwa Covid-19 Berasal Dari India

BEIJING - Saintis China mendakwa memiliki bukti kukuh pandemik Covid-19 bukannya bermula di negara itu, sebaliknya penyelidikan mereka menunjukkan ia berpunca dari negara lain,...

Oleh Ahmad Soffian Bin Mohd Shariff

Semalam kita dikhabarkan Adun Sementa, YB Dr. Daroyah Alwi, yang juga merupakan Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor telah meninggalkan Parti Keadilan Rakyat (PKR). Tindakan ini merupakan satu perkara yang mengejutkan kerana sebelum ini, Dr. Daroyah bukanlah dikenali sebagai seorang pemimpin yang kontroversi.

Sepanjang dua penggal beliau berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor, beliau adalah diantara ahli politik yang amat fokus dengan kerja-kerja pembangunan masyarakat dan tidak pernah terpalit dengan isu-isu picisan mahupun sensasi.

Sosok kepimpinan Dr. Daroyah kelihatan amat menyerlah sekali apabila beliau menjawat jawatan Exco Kesihatan, Hal Ehwal Wanita dan Kebajikan Masyarakat, kerana pada ketika itu, dua institusi pembangunan wanita telah ditubuhkan di Negeri Selangor iaitu Pusat Wanita Berdaya (PWB) Selangor & Institut Wanita Berdaya (IWB) Selangor.

Hasil kerjasama para pemimpin wanita Selangor yang direncanakan oleh YB Zuraida Kamaruddin bersama YB Haniza Talha dan YB Daroyah Alwi, pelbagai inisiatif telah dilaksanakan demi pembangunan wanita dan kesejahteraan masyarakat secara amnya. Fokus utama mereka adalah untuk meningkatkan kualiti hidup yang merangkumi pemberdayaan, kesejahteraan dan pembangunan wanita telah mendapat pengiktirafan hingga di peringkat antarabangsa.

Seperti biasa, kepimpinan tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR) nampak tidak senang dengan pemimpin yang bekerja untuk rakyat. Agaknya Presiden Parti Keadilan dan para penyokongnya lebih senang dengan pemimpin yang hanya pandai menabur janji palsu dan bertindak sebagai lidah presiden sahaja.

Dalam satu kenyataan hari ini YB Fuziah Salleh, Ahli Parlimen Kuantan merangkap calon Ketua Wanita Keadilan yang telah kalah dalam pemilihan parti pada tahun 2018 mengatakan bahawa kehilangan Dr. Daroyah bukanlah satu perkara penting. Beliau berkata “Setakat yang keluar tu Keadilan tak luak pun”, apabila ditanya oleh wartawan berkenaan tindakan Dr. Daroyah untuk keluar parti.

Kenyataan dangkal YB Fuziah Salleh ini, sememangnya berbeza dengan kenyataan akhbar yang telah dikeluarkan oleh Dato’ Menteri Besar Selangor, YAB Dato’ Seri Amiruddin Shaari, yang telah mengencam Dr. Daroyah dan menuntut untuk Adun Sementa itu meletakkan jawatan.

Menurut kenyataan media yang telah dihantar melalui laman Facebook, Dato’ Menteri Besar Selangor, mengatakan bahawa kononnya Dr. Daroyah telah mengkhianati rakyat, sedangkan apabila berbondong-bondong ahli parlimen dan adun pembangkang menyertai Kerajaan Pakatan Harapan (PH) pada suatu ketika dahulu, tidak pula Dato’ Menteri Besar Selangor menyebut tentang “pengkhianatan” yang telah mereka lakukan.
Dua kenyataan bercanggah dari Ahli Parlimen Kuantan dan Dato’ Menteri Besar Selangor ini menunjukkan bahawa PKR kini sedang berada di dalam keadaan terumbang ambing, hinggakan mereka tidak tahu bagaimana untuk memberi reaksi kepada para pemimpin mereka yang telah mengambil langkah berani untuk meninggalkan perjuangan sia-sia parti reformasi itu.

Sudah tentu Dr. Daroyah telah mengambil kira pendapat umum para pengundi beliau di DUN Sementa sebelum mengambil langkah yang amat drastik ini. Lagipun jika benar tindakan Dr. Daroyah ini tidak disukai oleh rakyat Sementa, sudah tentu 35 pemimpin akar umbi yang turut keluar parti bersama beliau tidak akan turut serta.

Pemimpin seperti YB Fuziah Salleh dan YB Amiruddin Shaari perlu lebih banyak bermuhasabah dan bertanya kepada diri mereka sendiri, sepanjang menjadi ahli parlimen dan adun, apakah jasa mereka kepada rakyat. Sehingga kini YB Fuziah Salleh masih lagi dihantui oleh penipuannya kepada rakyat Kuantan berkenaan isu Lynas dan YB Amiruddin Shaari (pada ketika itu beliau Exco Sukan Selangor) pula telah gagal untuk menguruskan pasukan bolasepak Selangor, sehinggakan pasukan rasmi negeri ini tidak lagi mampu untuk menggelarkan Stadium Shah Alam sebagai “home ground” pasukan tersebut.

Apa natijahnya, kedua-dua pemimpin yang gagal ini memberikan komen negatif kepada tindakan yang telah diambil oleh Dr. Daroyah, sedangkan mereka sendiri gagal menguruskan pelbagai masalah rakyat dalam portfolio jawatan yang mereka sandang.

Dr. Daroyah memilih untuk tidak menjadi hipokrit dan mengambil keputusan untuk berhenti daripada terus berjuang bersama pemimpin Keadilan yang sudah alpa dengan motif utama perjuangan parti tersebut. PKR ditubuhkan untuk membantu membantu rakyat Malaysia, terutamanya yang miskin dan tertindas, namun kini parti itu sudah hanyut dek pergelutan kuasa antara Mahathir & Datuk Seri Anwar Ibrahim, sehingga merosakkan negara.

Syabas dan tahniah diucapkan oleh Dr. Daroyah kerana memilih untuk menjadi ADUN Bebas dan keluar daripada kepompong PKR yang telah menjadi begitu toksik dan menyesakkan. Pemergian beliau daripada parti reformasi tersebut adalah satu kehilangan besar kepada Parti Keadilan Rakyat, walaupun tidak akan diakui oleh para pemimpin tertinggi parti tersebut.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Sedia Berbaik Semula, Syaratnya Muhyiddin Perlu Tolak UMNO – Mahathir

KUALA LUMPUR - Jika kena ‘caranya’, tidak mustahil akan berbaik-baik semula dengan Perdana Menteri, akui Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai hubungannya dengan Tan Sri...

Petang Ini Boleh Lihat Siapa Khianati Rakyat

KUALA LUMPUR - “Petang ini kita dapat lihat siapa yang khianati rakyat,” kata Tan Sri Annuar Musa. Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) itu menyatakan semua...

Pemuda DAP Gesa Berpisah Dengan PKR Jika Anwar Enggan Minta Maaf

CYBERJAYA - Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) hari ini membuat gesaan terbuka supaya Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta maaf kepada rakan sekutu dalam...

Berita Berkaitan

Menghalang Pemimpin UMNO Terbabit Kes Mahkamah Bertanding PRU-15 Adalah Langkah Anti-Demokrasi:

Oleh: Ahmad Soffian Bin Mohd Shariff Penulis bukanlah seorang ahli UMNO atau pada ketika ini terlibat dalam mana-mana gerakan politik di Malaysia. Namun apabila melihat...

Menjual Nama Binatang Untuk Mengherdik Kerajaan

Pandemik Covid-19 menjejaskan semua pihak sama ada kerajaan, ahli perniagaan, pekerja dan rakyat biasa. Kerajaan tidak lagi mempunyai pendapatan yang banyak, manakala aktiviti ekonomi...

WAN JUNAIDI BERSEDIA UNTUK BEKERJA DENGAN LEBIH KUAT

KUCHING: Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDEC), merangkap Ahli Parlimen Santubong, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berharap dapat terus melakukan yang terbaik untuk...