Wan Junaidi Tinjau Pasar Kubah Ria

- Advertisement -

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berpuas hati dengan tahap pematuhan SOP di pasar Kubah Ria, Kuching, Sarawak yang menjadi tumpuan orang ramai.

“Pematuhan garis panduan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di pasar ini berada di tahap memuaskan. Saya berharap pengguna dan peniaga di pasar borong ini terus mematuhi arahan yang dikeluarkan KKM.”

Menurut Wan Junaidi, pihak kerajaan membenarkan aktiviti jualan diteruskan kerana menerima rayuan dari orang ramai, namun aktiviti di pasar ini harus dijalankan dengan norma baharu seperti penjarakan sosial.

Selain pematuhan ketika sesi jual beli antara peniaga dan orang ramai, saya juga mahu lori dan kenderaan lain yang keluar masuk ke pasar ini mengikut jadual yang ditetapkan serta kenderaan mestilah diletakkan dalam jarak sepatutnya.

Kenderaan yang masuk perlulah berjadual dan perlu diletakkan jauh antara satu sama lain bagi membolehkan pekerja dan pengunjung tidak perlu berasak serta menjaga penjarakan sosial. Malah sekiranya perlu mereka harus mengikut giliran.

Ikut jarak yang ditetapkan, pakai sarung tangan dan penutup mulut dan hidung. Selalu bersihkan tangan menggunakan sabun atau cecair pembasmi kuman.

Dalam lawatan tersebut Wan Junaidi turut dilihat membeli beberapa jenis sayur dan barangan basah lain.

Menurut beliau “stok barangan segar ini berada di tahap yang memuaskan samada dari kualiti dan juga harganya”

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat