Tak Boleh Beza Saksi Dgn Tertuduh, Mahadzir Bidas Maszlee

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Pengerusi TNB yang baru dilantik Datuk Seri Mahadzir Khalid semalam, membidas bekas Menteri Pendidikan Dr. Maszlee Malik yang mengaitkan beliau dengan satu kes rasuah membabitkan projek solar untuk sekolah-sekolah luar bandar di Sarawak.

Beliau yang juga Naib Presiden UMNO berkata, kehadiran beliau ketika perbicaraan kes berkenaan hanyalah sebagai SAKSI berikutan kedudukannya sebagai bekas Menteri Pendidikan dalam kerajaan BN dulu, bukan sebagai TERTUDUH.

Maszlee sebelum itu dalam tulisan “Apakah masih ada masa hadapan buat parti keramat ini?” di laman Facebooknya, dilihat cuba mengaitkan Mahdzir apabila menulis “watak yang terlibat secara langsung dengan projek tenaga solar tersebut mendapat jawatan sebagai pengerusi GLC (yang juga berkaitan dengan “tenaga”)” – walaupun beliau tidak menyebutkan sebarang nama.

Kata Mahadzir, “Maszlee ini dia tidak faham, dia bercakap seolah-olah saya terlibat dalam kes itu, saja nak burukkan imej saya, nak calarkan reputasi saya,” katanya kepada Malaysiakini semalam.

Mahadzir yang juga Ahli Parlimen Padang Terap, turut mempersoalkan sama ada Maszlee faham undang-undang atau tidak. Soalan ini ada asasnya kerana ahli parlimen di negara ini, selain menjadi wakil kepada rakyat di kawasan masing-masing untuk pelbagai urusan seperti perlantikan Perdana Menteri, meluluskan bajet dan sebagainya, turut terlibat dalam proses penggubalan undang-undang negara.

Besar isunya kalau penggubal undang-undang sendiri pun tak faham beza antara saksi dengan tertuduh.

-SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat