Tukar Kerajaan ‘Tempang’ Kedah Perkembangan Baik Untuk Rakyat

DARURAT AGENDA POLITIK ATAU AGENDA RAKYAT

Oleh Ab Jalil Backer Proklamasi Darurat oleh Yang Di-Pertuan (YDP) Agong pada 13 Januari lalu sehingga 1 Ogos 2021 merupakan jalan paling baik dalam membantu...

Rumah Terputus Dua Dilanda Arus, Cuma Dapat Selamatkan Adik Dan Geran Motor Serta Tanah

RAUB: Bencana alam banjir besar yang melanda dibeberapa negeri seperti di Pahang baru-baru ini menyebabkan ramai orang di kawasan terjejas telah kerugian harta benda...

Hakim perbicaraan kes SRC Najib ditukar ke mahkamah sivil

KUALA LUMPUR: Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali yang mendengar perbicaraan kes pecah amanah dan salah guna kuasa berkaitan dana SRC International Sdn...

Tidak putus asa, Anwar sekali lagi dakwa ada cukup sokongan

CYBERJAYA: Ketika negara sedang sibuk melawan Covid-19, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi mengulangi kenyataannya sebelum ini bahawa beliau mempunyai sokongan majoriti...

“Dorang datang lawat abang lah… lepas ni boleh lah Google Meet di rumah”

SANDAKAN - BESAR betul kesan viral cerita pasal budak 10 tahun dari Kampung Sinar Baru, Batu 12 yang terpaksa pergi bukit dalam ladang sawit...

KUALA LUMPUR – Jangkaan berlaku perubahan tampuk pentadbiran Kerajaan Negeri Kedah yang bakal diambil alih Perikatan Nasional dianggap satu perkembangan baik yang dialu-alukan rakyat.

Setiausaha Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa berkata, keadaan negeri itu sedikit tempang ketika ini susulan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang juga Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang merupakan sebahagian daripada Perikatan Nasional, tetapi menganggap kerajaan itu extension (susulan) daripada kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Menurutnya, perkembangan terbaharu situasi politik negeri Kedah memastikan keadaan tempang itu dimurnikan dan pihaknya yakin kerajaan negeri itu akan menjadi kerajaan Perikatan Nasional.

“Saya kira itu satu perkembangan yang baik yang dialu-alukan oleh semua rakyat kerana baru-baru ini ada sedikit tempangnya.

“Ini disebabkan bekas MB Kedah adalah Naib Presiden Parti Bersatu yang merupakan sebahagian daripada Perikatan Nasional tetapi menganggap kerajaan itu extension (susulan) kepada kerajaan PH.

“Jadi sekarang perkara itu dimurnikan. Kerajaan (negeri) Kedah adalah Insya-ALLAH kerajaan Perikatan Nasional,” katanya pada sidang media pasca mesyuarat Dewan Tertinggi BN di bangunan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kedudukan Kerajaan Negeri Kedah yang diketuai Mukhriz yang hilang majoriti susulan peletakan jawatan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Parti Keadilan Rakyat (PKR) kelmarin.

Pengumuman ADUN Lunas, Azman Nasrudin dan ADUN Sidam, Dr Robert Ling Kui Ee yang menyokong kepimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadikan Perikatan Nasional memiliki 19 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah.

Azman pada sidang akhbar bersama Dr Robert memaklumkan mereka hilang kepercayaan kepada kepimpinan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyebabkan parti itu kini berpecah-belah – Sinar Harian

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

YBR Tampil Membantu Anak Kehilangan Bapa Akibat Pandemik Covid-19

CYBERJAYA - Kisah sedih seorang anak yang kehilangan bapa akibat pandemik Covid-19 telah menarik perhatian Yayasan Bank Rakyat untuk tampil meringankan beban Mohamad Nor...

Polis Tahan Ahli Armada Bersatu, Rampas 1.5 Kilogram Dadah

KUALA LUMPUR – Seorang ahli biro Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) yang disyaki mengedar dadah yang diproses sendiri di rumah berjaya dicekup oleh polis. Suspek...

Tahanan Dirogol Di Dalam Lokap, Dua Anggota Polis Miri Digantung Tugas

KUCHING: Polis Sarawak menggantung tugas dua anggotanya selepas seorang gadis bawah umur mendakwa dirogol seorang tahanan lain, ketika ditahan di dalam lokap tahanan Balai...

Berita Berkaitan