Berjalan 160km Selepas Bersalin

- Advertisement -

INDIA: Seorang wanita melahirkan seorang bayi perempuan ketika dia bersama suami dan 4 orang anak mereka sedang berjalan kaki dari bandar tempat keluarga itu mencari rezeki untuk pulang ke kampung – 160km jauh dari tempat dia dikatakan bersalin, lapor CNN.

Wanita yang tidak dikenali itu dan keluarganya berjalan kaki dari bandar Nashik di Maharashtra ke bandar Satna di Madhya Pradesh.

Dia dikatakan hanya berehat antara satu hingga dua jam selepas bersalin, sebelum meneruskan kembali perjalanan. Keluarga pekerja imigran ini terlalu miskin untuk menyewa kenderaan dan tidak ada siapa yang sudi memberi tumpang.

Insiden ini dikesan oleh polis dalam satu pemeriksaan yang diadakan berikutan perintah Lockdown yang dilaksanakan untuk menyekat penyebaran Coronavirus di negara berkenaan.

Beribu-ribu pekerja imigran di India hilang punca pendapatan apabila kerajaan negara itu melaksanakan perintah Lockdown. Ramai di kalangan mereka memilih untuk pulang ke kampung halaman dari hidup menderita tanpa pekerjaan di rantauan.

Berikutan perintah yang sama, sistem pengangkutan awam di negara tersebut juga banyak yang ditutup memaksa ramai di kalangan pekerja migran ini yang berjalan kaki untuk balik ke kampung halaman – CNN

– SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat