“PKP Tak Berkesan, Tak Perlu Sambung” – Puad

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kerajaan disarankan untuk tidak melanjutkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kerana dinilai kurang berkesan,” kata Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Puad Zarkashi.

Tegas beliau PKP kali ini tidak berkesan kerana pelaksanaan tidak menyeluruh.

“PKP tidak perlu disambung lagi. Ia dilihat kurang berkesan. Bahkan ramai tidak berpuas hati kerana pelaksanaan tidak menyeluruh.

“Puncanya, Kerajaan gagal cari keseimbangan antara mengawal pandemik dan memastikan ekonomi bergerak,” katanya.

Justeru kata Puad, wujud kecelaruan dalam pelaksanaan SOP.

“Berlaku polisi antara dua darjat. Menteri boleh tetapi rakyat biasa tidak boleh.

“Oleh itu, fokus kepada ketegasan pematuhan SOP,” cadang Puad. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat