Kerjasama dengan PAS, Ahmad Zahid tunai wasiat Haron Din

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberitahu hubungan UMNO dan PAS masih baik meskipun pelbagai interpretasi dilakukan pihak tertentu.

“Saya tahu ramai tertanya-tanya mengenai status terkini Muafakat Nasional (MN) yang dipelopori UMNO dan PAS pada tahun 2019.

“Bagi menjelaskan persoalan tentang kedudukan MN yang dimeterai UMNO dan PAS pada 2019, apa yang boleh saya katakan adalah hubungan kedua-dua parti masih baik walaupun terdapat pelbagai interpretasi di luar,” katanya dalam catatan di Facebook, semalam.

Ahmad Zahid berkata demikian bagi menjelaskan hubungan tegang UMNO dan Bersatu serta ketidakpastian mengenai hubungannya dengan PAS.

Ahli Parlimen Bagan Datuk dalam tulisannya turut mengimbas pesanan bekas pemimpin PAS, Allahyarham Datuk Dr Haron Din ketika menemui tokoh berkenaan selepas beliau ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 1998.

“Beliau (Haron Din) menyatakan betapa hasratnya melihat UMNO dan PAS dapat berkongsi fikrah antara satu sama lain meskipun walau tidak bergabung sebagai sebuah parti suatu hari nanti.

“Saya secara peribadi menganggap hasrat itu sebagai wasiat Allahyarham Tuan Guru kepada saya apabila beliau kembali ke rahmatullah pada tahun 2016.

“Syukur allhamdulillah wasiat itu dapat ditunaikan melalui pemeteraian Piagam Muafakat Nasional di Dewan Merdeka, dewan utama Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 14 September 2019,” katanya.

Beliau menambah, usaha mewujudkan kerjasama UMNO dan PAS pasca PRU14 ini turut dijayakan oleh kepimpinan tertinggi yang lain kedua-dua parti.

“Saya berfikir kerjasama ini perlu diteruskan UMNO dan PAS kerana ia terbukti memberi impak positif dan InsyaAllah hubungan fikrah ini akan terus rapat dan dekat.

“Sebab itu juga baru-baru ini saya menyatakan BN akan terus diperkasakan dan dalam masa yang sama mengukuhkan kerjasama dengan pihak yang jujur dan ikhlas untuk bekerjasama,” jelas Ahmad Zahid. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat