Bursa Malaysia bermula positif, lepasi 1,600 mata

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka tinggi pada awal dagangan pagi Isnin, mencecah paras 1,600 setelah saham Wall Street melonjak pada Jumaat lalu dengan Indeks Komposit S&P 500 dan Nasdaq mencatatkan rekod ketika penutupan urus niaga.

Pada pukul 9.12 pagi, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 12.14 mata kepada 1,611.56 daripada 1,599.42 ketika ditutup Khamis lalu.

Pada pembukaan, indeks dibuka 7.58 mata lebih tinggi pada 1,607.00.

Di pasaran lebih meluas, kaunter untung mengatasi rugi dengan 453 berbalas 174 manakala 366 kaunter tidak berubah, 1,168 tidak diniagakan dan 11 yang lain digantung.

Jumaat lalu, indeks S&P 500 mengukuh 0.47 peratus, Dow Jones meningkat 0.09 peratus dan Nasdaq lebih tinggi sebanyak 0.5 peratus.

Dalam satu kenyataan hari ini, Public Investment Bank berkata pelabur mempertimbangkan prospek akan peningkatan rangsangan fiskal serta kemungkinan kadar inflasi yang lebih tinggi.

“Setiausaha Perbendaharaan AS, Janet Yellen pada Jumaat memberitahu menteri kewangan dan gabenor bank pusat dari negara-negara Kumpulan Tujuh (G7) agar menyokong sepenuhnya pelan fiskal bagi meningkatkan pemulihan ekonomi yang berkekalan,” katanya.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Maybank naik empat sen kepada RM8.02, PChem meningkat 11 sen kepada RM7.61, TM lebih tinggi 16 sen kepada RM6.76, Tenaga meningkat 10 sen kepada RM10.16 dan Axiata mengukuh lima sen kepada RM3.48.

Saham paling cergas, Dagang Nexchange naik 2.5 sen kepada 45.5 sen, Techna-X meningkat 1.5 sen kepada 15 sen, Luster Industries dan Velesto masing-masing menambah setengah sen kepada 23 sen dan 14 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas menokok 84.75 mata kepada 11,746.57, Indeks FBMT 100 mengembang 79.93 mata kepada 11,459.97 dan Indeks FBM Emas Syariah meningkat 103.69 mata pada 13,223.94.

FBM 70 lebih tinggi 82.46 mata kepada 15,354.11 dan FBM ACE meningkat 13.00 mata kepada 10,896.23.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 74.37 mata kepada 15,112.84, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian naik 1.4 mata kepada 181.97 dan Indeks Perladangan mengembang 43.64 mata kepada 7,189.33.

-BERNAMA

Topik Hangat

Ismail Sabri bakal dilantik TPM, Zahid dipinggir punca UMNO berantakan?

KUALA LUMPUR – Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob disebut-sebut bakal dinaikkan pangkat menjadi Timbalan Perdana Menteri. Desas-desus ini khabarnya antara punca UMNO...

Muhyiddin Mana Lebih Sakit Kena Cucuk Atau Titah Agong?

KUALA LUMPUR - Perkara yang paling ditakuti oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin dan parti yang dipimpinnya ialah sidang Parlimen dan Pilihan Raya Umum...

Tiga Lagi ADUN Amanah Keluar Parti – Laporan

CYBERJAYA - Sekurang-kurangnya tiga lagi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari Parti Amanah Nasional (Amanah), kali ini di Johor dilaporkan bertindak keluar parti untuk...

Berita Berkaitan

Penerima Hati Pertama Adik Afiq Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR: Penerima hati pertama di Malaysia, Mohd Afiq Ikmal Muhammad Zaini menghembuskan nafas terakhirnya akibat komplikasi hati, awal pagi tadi. Perkara itu dimaklumkan penderma...

Lawatan Rasmi Hishammuddin Ke Brunei Atas Undangan Sultan Hassanal Bolkiah

CYBERJAYA - Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengadakan lawatan rasmi dua hari ke Brunei Darussalam bermula semalam hingga hari ini. Kementerian Luar dalam...

ASEAN Perlu Lebih Proaktif Bantu Pulih Keadaan Di Myanmar – Hishammuddin

KUALA LUMPUR - ASEAN perlu memainkan peranan yang lebih proaktif bagi menyumbang ke arah pemulihan Myanmar agar kembali ke situasi normal, kata Menteri Luar...