Tun Faisal Dakwa Mat Maslan Sahkan Usul Tambahan Adalah Usul Haram

- Advertisement -

CYBERJAYA – Bekas Timbalan Ketua Bahagian UMNO Putrajaya, Tun Faisal Ismail Abdul Aziz dalam satu tulisannya hari ini mendakwa Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan (Mat Maslan) telah mengesahkan usul tambahan yang dikemukakan di Persidangan Agung UMNO 2022 (PAU 2022) adalah usul haram.

“Terima kasih Mat Maslan kerana SAHKAN USUL TAMBAHAN adalah USUL HARAM melalui posting FBnya.

“Mat Maslan hanya merujuk USUL TAMBAHAN tersebut kepada peguam selepas ia dibacakan dalam Persidangan.

“Presiden tak tahu, Timbalan Presiden tak tahu, Mat Maslan pun tak tahu. Maksudnya ia tidak diberikan secara bertulis melalui SUA untuk diserahkan kepada Pengerusi Tetap untuk diputuskan sama ada untuk dibenarkan atau tidak,” kata Tun Faisal, dipetik dari tulisan di Facebooknya, hari ini.

Mengulas lanjut, Tun Faisal berkata perkara 20, bukan mengenai usul tambahan, tapi mengenai pindaan usul. 20.2 menyebut, “Pindaan itu pula dipinda jika berkaitan dengan usul asal.

“(Manakala) Perkara 10.1 menyebut, pemberitahu usul perlu diberi tidak kurang daripada 14 hari, jika bawah MKT, dalam masa 7 hari, dan jika “PENGERUSI PUAS HATI setelah diterangkan kepadanya oleh SESEORANG AHLI MAJLIS TERTINGGI iaitu bagi FAEDAH ORANG RAMAI sesuatu usul itu MUSTAHAK dibahaskan dengan seberapa segeranya maka memadailah DIKELUARKAN PEMBERITAHU itu PADA HARI PERSIDANGAN itu.

“Perkara 10.3 pula menyebut, “Dengan tertakluk kepada syarat-syarat dalam usul atau pindaan-pindaan HENDAKLAH DISERAHKAN KEPADA SETIAUSAHA dengan BERTULIS.”

“Bagaimanapun disebut dalam perkara 10.2, “Jika pada fikiran pengerusi, SESUATU PEMBERITAHU YANG DITERIMA OLEH SETIAUSAHA itu MELANGGAR apa-apa syarat PERATURAN PERSIDANGAN ini PENGERUSI bolehlah memerintah memerintah pemberitahu itu DIPINDAH atau DITOLAK.

“Jelas, USUL HARAM tersebut BERTENTANGAN dengan Perkara 9.3 PERLEMBAGAAN UMNO yang menyebut, “Pengerusi Tetap, Timbalan Pengerusi Tetap, Presiden, Timbalan Presiden yang dipilih, tiga (3) orang Naib Presiden dan dua puluh lima (25) orang Ahli Majlis Tertinggi hendaklah dipilih dalam Mesyuarat Perwakilan Bahagian tiap-tiap tiga (3) tahun sekali,” ujarnya lagi.

Justeru itu kata Tun Faisal, adalah jelas Pengerusi Tetap telah tidak menyedari mengenai perkara ini dan tidak menyedari usul tambahan ini telah melanggar persidangan Perhimpunan Agung UMNO.

“Dalam Persidangan baru-baru ini, apabila USUL TAMBAHAN dibacakan oleh Jurucakap NS, berdasarkan kenyataan-kenyataan yang dibuat di dalam media.

“Presiden, Timbalan Presiden dan Setiausaha Agung tidak menyedari kewujudan USUL TAMBAHAN ini.

“Terima kasihlah Mat Maslan di atas pencerahan anda bahawa, USUL TAMBAHAN tersebut BUKAN SAHAJA USUL HARAM MALAH BERTENTANGAN DENGAN PERLEMBAGAAN,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat