Zulkhairi Zainuddin Dilantik Setiausaha Akhbar MB Pahang

- Advertisement -

KUANTAN: Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail melantik Encik Zulkhairi Zainuddin sebagai Setiausaha Akhbar (SUA) beliau yang baharu.

Sebelum ini, beliau berkhidmat sebagai Ketua Unit Komunikasi dan Media Pahang.

“Tahniah saya ucapkan kepada Encik Zulkhairi Zainuddin atas pelantikan sebagai Setiausaha Akhbar Kepada YAB Menteri Besar Pahang yang baharu bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh YB Encik Fadzli Mohamad Kamal.

“Semoga dapat berkhidmat dengan penuh dedikasi dan komited dalam setiap tugas yang diamanahkan.” ucap Wan Rosdy melalui Facebooknya, pada Isnin.

Sementara itu, Zulkhairi menerusi Facebooknya berkata, beliau mengucapkan terima kasih atas kepercayaan Menteri Besar atas lantikan tersebut.

Ini merupakan satu tanggungjawab baharu yang perlu beliau laksanakan bagi memastikan maklumat dan informasi mengenai YAB Menteri Besar Pahang dapat disampaikan kepada orang ramai, ujarnya.

”Alhamdulillah dan Terima Kasih kepada YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail atas kepercayaan yang diberikan kepada saya sebagai Setiausaha Akhbar beliau.

”Jawatan ni merupakan satu tanggungjawab baharu yang perlu saya laksanakan bagi memastikan maklumat dan informasi mengenai YAB Menteri Besar Pahang dapat disampaikan kepada orang ramai.

“Doakan agar saya dapat melaksanakan tugas yang diberikan ini dengan sebaiknya. Amin.” katanya. -SUARATV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat