BN Sedia Hadapi PRN Johor – Mahdzir Khalid

- Advertisement -

PADANG TERAP: UMNO dan Barisan Nasional (BN) bersedia untuk berdepan dengan satu lagi Pilihan Raya Negeri (PRN) di Johor jika perkara itu tidak dapat dielakkan.

Bagaimanapun menurut Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid, keputusan sama ada UMNO dan BN bertanding secara solo atau sebaliknya hanya akan diputuskan secara konsensus oleh kepimpinan parti itu apabila tiba masanya nanti.

“UMNO dan BN sentiasa bersedia, jika itulah keputusan Johor (PRN), UMNO dan BN sedia menghadapinya.

“Sama ada kita bertanding solo atau bersama rakan-rakan lain, itu akan ditentukan secara konsensus oleh kepimpinan tertinggi parti. Sebagai Naib Presiden, saya tak berhak bercakap bagi pihak parti dan semuanya terpulang kepada kepimpinan peringkat Pusat.”

Mahdzir berkata demikian dalam sidang media selepas majlis Penyerahan Baucar Bantuan Persekolahan 2022 di Dewan Pejabat UMNO Bahagian Padang Terap, di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas kemungkinan pembubaran Dewan Undangan Negeri Johor yang akan membawa kepada PRN susulan pergolakan politik di negeri itu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat