Beri Bantuan, Jangan Pilih Berdasarkan Parti Atau Kaum – Zulkifli

- Advertisement -

JOHOR BAHRU – Sejumlah 350 Kotak Prihatin Rakyat diagihkan meliputi kawasan-kawasan di Parlimen Johor Bahru bagi membantu meringankan bebanan kos pembelian barang keperluan harian.

Pengerusi Biro Kebajikan Perikatan Nasional Parlimen Johor Bahru, Zulkifli Bujang ketika ditemui disini berkata, jumlah tersebut akan diagihkan pada setiap bulan dan merupakan program berterusan jangka panjang bagi memastikan lebih ramai rakyat di kawasan parlimen itu dapat dibantu.

“Ketika pandemik ini, ramai yang memerlukan bantuan khususnya bagi mengurangkan kos sara hidup. Justeru, kita akan terus berusaha dalam konteks kebajikan mereka”, ujarnya.

Zulkifli turut menyeru agar setiap kepimpinan politik samada di peringkat bahagian atau cawangan untuk bekerja lebih keras dengan menjadi mata dan telinga kepada suara rakyat merentasi fahaman kaum dan parti politik.

“Soal membantu orang, jangan tengok dia parti mana atau kaum apa. Kita semua bertanggungjawab untuk membantu sesiapa sahaja yang dalam kesusahan”, katanya.

Parlimen Johor Bahru meliputi dua kawasan Dewan Undangan Negeri iaitu Stulang dan Larkin. Turut hadir sama dalam program itu, Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Bahagian Johor Bahru, Haji Abdul Bakarr Ali dan Ketua Sayap Bersekutu Parti Pribumi Bersatu Bahagian Johor Bahru, Roland Lim.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat