Labah‑labah 2.5 mm Cipta ‘Puppet Labah‑labah Gergasi’ Untuk Lindungi Diri

Cyberjaya : Saintis menemui tingkah laku unik dua spesies labah‑labah tropika di Filipina dan Hutan Hujan Amazon, Peru, yang membina replika labah‑labah gergasi menggunakan sisa mangsa mati, tumbuhan dan benang sutera dalam jaring mereka untuk menakutkan pemangsa.

Menurut kajian yang diterbitkan pada 6 November 2025 dalam jurnal Ecology and Evolution, labah‑labah berkenaan, Cyclosa inca dan Cyclosa longicauda, masing-masing hanya bersaiz 2.5 milimeter, tetapi mampu mencipta decoy yang jauh lebih besar daripada tubuh mereka sendiri. Sesetengah replika ini meniru bentuk labah‑labah sebenar dengan tepat, manakala yang lain lebih ringkas.

Menyentuh tentang tingkah laku pelik ini, George Olah, pengarang utama kajian dan pakar genetik konservasi di Australian National University berkata:

“Mereka bukan sekadar menghias jaring, tetapi menyusun sisa, bangkai mangsa dan benang sutera menjadi struktur yang bukan sahaja lebih besar daripada tubuh mereka, malah jelas menyerupai siluet labah‑labah yang lebih menakutkan.”

Berbeza daripada labah‑labah lain yang biasanya membina tiub sutera untuk bersembunyi, Cyclosa menghabiskan tenaga dan masa untuk membina decoy ini, menunjukkan strategi evolusi unik untuk kelangsungan hidup, menurut Lawrence Reeves, penyelidik bersama dari University of Florida.

“Ia menunjukkan pertukaran evolusi yang fundamental dalam dunia labah‑labah,” tambahnya.

Kajian ini merupakan kali pertama tingkah laku “decoy” Cyclosa dokumentasi dan dianalisis secara formal, membuka pemahaman baru tentang kepintaran dan strategi bertahan hidup dalam dunia haiwan kecil ini.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat