Pelancaran Program Fast-Track Degree in Aviation Management
Industri penerbangan negara terus menunjukkan perkembangan yang sangat positif apabila Aviation Career Malaysia (ACM) bersama Kolej Antarabangsa Meatech mengumumkan satu pencapaian membanggakan iaitu 99 peratus graduan program Aviation bertauliah MQA ACM–Meatech kini telah berjaya memulakan kerjaya dalam industri penerbangan, termasuk di Malaysia dan luar negara.
Graduan-graduan ini telah diserap ke dalam pelbagai sektor utama industri penerbangan seperti ground handling, aircraft services, cabin operations, airport terminal management, keselamatan penerbangan serta jawatan pengurusan dan operasi di syarikat penerbangan dan organisasi berkaitan industri aviation.
Pengumuman ini dibuat bersempena Majlis Konvokesyen Kolej Universiti Inovatif (IUC) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), yang turut menjadi pentas pelancaran rasmi Program Fast-Track Degree in Aviation Management. Program ini merupakan satu inisiatif strategik bagi melahirkan pemimpin dan tenaga profesional generasi baharu dalam industri penerbangan negara.
Melalui kerjasama strategik antara ACM–Meatech dan Kolej Universiti Inovatif, program Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Penerbangan (Kepujian) kini ditawarkan melalui laluan pantas atau fast-track yang membolehkan pelajar lepasan SPM menamatkan pengajian dalam tempoh hanya tiga tahun setengah. Tempoh ini jauh lebih singkat berbanding laluan pendidikan konvensional yang lazimnya mengambil masa melebihi lima tahun.
Struktur program ini dibangunkan melalui pemetaan kurikulum dan pemindahan kredit yang menyeluruh antara peringkat diploma dan ijazah, selaras dengan keperluan dan piawaian Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). Pendekatan ini memastikan pelajar bukan sahaja menamatkan pengajian lebih awal, malah memiliki kualiti akademik, kemahiran praktikal dan kompetensi profesional yang menepati keperluan sebenar industri.

Pelancaran program Fast-Track Degree ini turut diserikan dengan gimik simbolik penyerahan Buku ACM kepada Dr. Azri, Dekan Kolej Universiti Inovatif. Penyerahan ini melambangkan komitmen berterusan dan kepercayaan kukuh antara ACM, Meatech dan IUC dalam memperkukuh ekosistem pendidikan tinggi penerbangan yang berteraskan industri di Malaysia.
Dalam masa yang sama, Yayasan Pendidikan Kasih Malaysia (YPKM) mengumumkan penyediaan 500 bantuan derma siswa separa khas untuk pelajar baharu ACM–Meatech bagi sesi kemasukan tahun 2026. Inisiatif ini bertujuan membantu pelajar daripada keluarga B40 dan M40 untuk mengakses pendidikan penerbangan berkualiti tinggi tanpa beban kewangan yang berat. Bantuan ini diberikan dalam bentuk potongan yuran pengajian dengan jumlah yang berbeza mengikut program yang diikuti.
Aviation Career Malaysia terus memainkan peranan sebagai peneraju pembangunan bakat industri penerbangan negara dengan menyediakan ekosistem pendidikan yang lengkap merangkumi latihan akademik, pendedahan industri, penempatan latihan industri serta sokongan penempatan pekerjaan. Pendekatan ini telah terbukti berkesan melalui kadar kebolehpasaran graduan yang mencecah 99 peratus.
Sementara itu, Kolej Antarabangsa Meatech sebagai institusi pendidikan bertauliah MQA telah membuktikan keupayaannya dalam melahirkan graduan berkualiti tinggi melalui kurikulum yang dibangunkan berasaskan operasi sebenar industri, sokongan tenaga pengajar berpengalaman serta fasiliti latihan moden yang menepati piawaian industri.
Pelancaran Program Fast-Track Degree in Aviation Management ini dijangka menjadi laluan pendidikan utama bagi pelajar Malaysia yang bercita-cita membina kerjaya profesional dalam bidang airline management, airport operations, ground services serta pengurusan perniagaan penerbangan. Inisiatif ini selari dengan keperluan industri penerbangan yang dijangka terus berkembang pesat mulai tahun 2026 dan seterusnya.



