Dah bersara politik tapi masih main isu 3R, Puad soal Kit Siang

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Veteran DAP, Tan Sri Lim Kit Siang dianggap tidak berpolitik secara matang apabila menyentuh isu pelantikan Perdana Menteri dalam kalangan bukan Melayu.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Datuk Puad Zarkashi menegaskan, memang Perlembagaan Persekutuan dengan jelas tidak sebut Perdana Menteri mesti orang Melayu.

“Tetapi kenapa Lim Kit Siang panaskan isu itu?

“Lim Kit Siang sendiri mengaku dia tidak bermimpi untuk jadi Perdana Menteri. Dia juga mengaku tidak yakin 100 tahun lagi orang Cina akan jadi Perdana Menteri.
Maka biarlah kematangan politik mengambil tempat secara natural. Bukan dipaksa.

” Tidak perlu diungkit-ungkit dan dijadikan isu sensasi,” bidas Speaker DUN Johor itu.

Puad mengingatkan Kit Siang supaya matang berpolitik.

“Dia perlu ingat kematangan politik Melayu menyebabkan SJKC dan SJKT masih wujud hingga hari ini.

“Sebab itu kaum mana jadi Ketua Menteri Pulau Pinang tidak jadi isu.

“Beranikah Lim Kit Siang menafikan SJKC dan SJKT tidak wujud dalam Perlembagaan? Sekolah itu wujud kerana kontrak sosial yang tidak bertulis dan pemimpin Melayu terus menghormatinya.

“Lim Kit Siang tidak marah Lee Kuan Yew menutup Nanyang University yang guna bahasa Cina. Universiti itu digabungkan dengan National University of Singapore yang guna Bahasa Inggeris,” katanya.

Menurut Puad, di Malaysia tolak ansur masih ada.

“Lim Kit Siang antara yang bantah SJKC melaksanakan PPSMI. Sebab itu SJKC kekal guna mandarin bagi mata pelajaran Sains dan Matematik.

“Tidak timbul soal perlembagaan. Tidak timbul isu kebebasan bersuara. Kenapa setelah bersara politik dan dapat Tan Sri masih main isu 3R?

“Negara perlu 100 tahun lagi untuk matang,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat