Mahu Tarik Pelancong, Hotel Di Langkawi Tawar Diskaun Sehingga 70%

- Advertisement -

Tidak dapat dinafikan kesan daripada penularan wabak pandemik COVID-19, banyak industri terkesan terutama sekali industri pelancongan. Menjadi industri pertama dan terakhir akan pulih, industri pelancongan sekarang ‘terdesak’ perlukan pelancong untuk menaikkan ekonomi setempat.

Terbaharu, Persatuan Hotel Malaysia kini memberi tumpuan penuh kepada pelancong domestik bagi menggalakkan lagi industri pelancongan di Langkawi. Difahamkan, inisiatif yang bermula pada bulan Februari 2020 akan diteruskan sehingga keadaan kembali seperti sedia kala.

Bagi anda yang tidak tahu, 45 hotel di Langkawi di bawah naungan Persatuan Hotel Malaysia menawarkan diskaun sehingga 70% untuk anda. Menerusi hasil tinjauan kami, harga penginapan 3 bintang juga boleh didapati dengan harga bermula RM150.

Tunggu apa lagi? Bolehlah buat tempahan untuk bercuti ke Langkawi. Sebelum terlupa, pastikan anda jaga SOP ketika bercuti untuk pastikan anda tidak terjangkiti wabak COVID-19 ini.

The Vocket

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat