Hisham Wakili Malaysia Tandatangani Ucapan Takziah Kepada Bahrain

- Advertisement -

CYBERJAYA: Menteri Luar , Dato Seri Hishammuddin Tun Hussien sebentar tadi menandatangani ucapan takziah bagi mewakili kerajaan Malaysia atas kepulangan mantan Perdana Menteri Bahrain, Sheikh Khalifa Salman Salman al Khalifa ke Rahmatullah pada 11 November lepas.

“Tidak dapat pergi ke Kedutaan Kerajaan Bahrain ekoran PKPB,

“Justeru, saya menandatangani ucapan takziah bagi pihak Kerajaan Malaysia di Sidang Kemuncak ASEAN hari ini,” jelas beliau dilaman facebooknya.

Katanya, Malaysia amat bersimpati dengan Kerajaan dan rakyat Bahrain atas kepulangan mantan Perdana Menteri Bahrain, Sheikh Khalifa Salman al Khalifa ke Rahmatullah.

Menurut Hisham lagi, Yang Amat Mulia Putera Khalifa akan sentiasa dikenang sebagai pemimpin hebat dan amat berjasa dalam mengekalkan keakraban serta kemesraan hubungan Malaysia dan Bahrain.

Terdahulu, bekas Perdana Menteri Bahrain, Allahyarham Khalifa bin Salman Al Khalifah telah meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di sebuah pusat perubatan di Amerika Syarikat, menurut laporan media negara itu.

Beliau berusia 84 tahun dan merupakan Perdana Menteri yang paling lama berkhidmat di negara teluk tersebut. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat