Perincian i-Sinar diumumkan 18 November – KWSP

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sedang memuktamadkan perincian kemudahan akses ke Akaun 1 ahlinya, yang dikenali sebagai i-Sinar dan akan diumumkan pada 18 November ini.

Menurut Jabatan Hal Ehwal Korporat KWSP dalam satu kenyataan, hari ini, i-Sinar diwujudkan hasil konsultasi mendalam bersama pihak berkepentingan agar ahli terkesan dapat mengharungi cabaran semasa, selain memastikan kesejahteraan masa depan persaraan mereka.

“KWSP yakin amaun boleh diakses daripada i-Sinar berserta amaun maksimum RM500 sebulan daripada Akaun 2 melalui kemudahan i-Lestari (dilancarkan pada April lalu), dapat membantu ahli terkesan menampung keperluan mereka dalam jangka pendek,” kata kenyataan itu.

i-Sinar merupakan lanjutan daripada pengeluaran i-Lestari yang kini dijangka mencecah amaun pengeluaran sebanyak RM30 bilion dan akan berakhir Mac 2021.

Permohonan i-Sinar boleh dibuat mulai bulan depan dan amaun yang diakses akan dikreditkan ke dalam akaun bank pemohon bermula Januari tahun depan.

-BERITA HARIAN

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat