Najib Bidas Penipuan Facebook SSTDM

- Advertisement -

CYBERJAYA: Bekas Perdana Menteri, Dato Seri Mohd Najib Tun Abd Razak membidas penulisan di sebuah laman facebook yang dikenali “Saya Sayang Tun Dr Mahathir Mohamad” (SSTDM) mengenai kes yang telah disabit ke atas dirinya.

Menurut Najib, tidak benar sama sekali bahawa rayuan kes SRC ke atas dirinya adalah untuk meringan hukuman yang telah dijatuhkan oleh Hakim.

“Rayuan kepada Mahkamah Rayuan dengan sekurang-kurangnya 3 hakim ialah untuk menolak keputusan mahkamah tinggi yang dibuat oleh seorang hakim sahaja yang telah dipindah dari mahkamah sivil untuk menggantikan hakim asal selepas kes SRC sudah berjalan.

“Proses untuk mengurangkan hukuman dipanggil “mitigation” atau “mitigasi”. Proses untuk menolak keputusan dipanggil “appeal” atau “rayuan”,” jelas beliau dilaman facebook rasminya.

Selain itu, menurutnya lagi, tidak benar bahawa beliau kurang menjawab atau tidak berani dalam mahkamah.

Katanya, sesiapa sahaja boleh tonton video berhubung komen pendakwaraya kes SRC berhubung jawapannya  dalam mahkamah melalui https://www.facebook.com/najibrazak/videos/881148242393710/

“Tak benar juga bahawa saya adalah jaguh di Facebook,

“Jaguh FB sebenar adalah mereka yang mampu bertahan dengan makian memanjang seperti FB PM4/7/7i serta page-page FB penyokong tegar dia,” sindirnya.

Dikesempatan itu juga, Najib juga telah memerli SSTDM dengan memberi contoh page facebook yang tahan maki di
https://www.facebook.com/152404861497999/posts/4647052552033185/?d=n

-SuaraTV

 

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat