Semua dakwaan fitnah NFC selama 12 tahun, terbukti salah – Mohamed Salleh

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Mahkamah Tinggi membuat keputusan melepas dan membebaskan Pengerusi National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp), Datuk Dr Mohamad Salleh Ismail dan tiga anaknya dari kes saman berhubung projek Pusat Fidlot Nasional di Gemas, Negeri Sembilan.

Beliau dalam satu kenyataan hari ini mengucapkan rasa syukur apabila semua dakwaan fitnah terbukti tidak benar setelah melaluinya selama lebih 12 tahun.

“Alhamdulillah, saya memanjatkan kesyukuran kepada Allah Taala kerana fitnah- fitnah yang dilemparkan ke atas saya dan keluarga selama lebih 12 tahun, akhirnya terbukti salah.

“Keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi pada 13 hb Oct oleh Hakim Anand Ponnudurai di Mahkamah Tinggii Kuala Lumpur semalam jelas dan nyata membuktikan saya dan ketiga-tiga anak saya tidak bersalah dengan tuduhan- tuduhan yang di lempar kapada kami sejak perbicaraan NFC yang bermula pada 2012, mahupun sebelumnya,” katanya.

Beliau berkata, Hakim Anand Ponnudurai membuat keputusan berasaskan fakta bahawa tiada penyelewengan atau apa jua salah laku.

Malah jelasnnya, semua urusniaga termasuk pembelian hartanah dijalankan dengan tatakelola yang betul mengikut perjanjian pinjaman.

“Walaupun saya telah dihukum terlebih dahulu oleh ‘mahkamah pandangan awam’, Alhamdulillah, pada hari Jumaat penghulu segala hari semalam menyaksikan bahawa perundangan negara telah menegakkan kebenaran dan saya reda dengan ujian yang telah ditimpa ke atas saya dan keluarga,” katanya.

Tambahnya lagi, beliau sekeluarga melalui pelbagai cabaran termasuk isterinya, bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil terpaksa meletakkan jawatan atas arahan Kabinet.

“Dalam pada itu, isteri saya, bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil turut menjadi mangsa politik tohmahan dan penganiaan ini.

“Bila beliau dengan rela hati meletakkan jawatan dalam kabinet akibat fitnah-fitnah berkenaan pada masa itu, saya juga pasrah,” katanya.

Semalam, Mahkamah Tinggi memutuskan Mohamad Salleh bersama-sama tiga anak mereka, Wan Shahinur Izran, Wan Shahinur Izmir dan Wan Izzana Fatimah Zabedah dibebas dan dilepaskan daripada saman kerajaan membabitkan RM253.6 juta.

Bagaimanapun, hakim memutuskan NFCorp perlu mengembalikan sejumlah pinjaman yang tidak digunakan sebanyak RM33 juta kepada Kerajaan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat