Lima Maut, Dua Cedera Dipanah Lelaki Secara Rambang

- Advertisement -

KONGSBERG: Sekurang-kurangnya lima maut selepas terkena tembakan seorang lelaki menggunakan panah dalam kejadian di ibu kota Norway, Oslo, kata polis.

Ketua Polis Kongsberg, Oyvind Aas memaklumkan, dua orang turut cedera dalam insiden tersebut.

“Suspek telah ditahan dan daripada maklumat yang kami terima, dia melakukan serangan ini secara bersendirian,” katanya.

Siasatan awal mendapati suspek berjalan di bandar berkenaan dan memanah orang ramai secara rambang menggunakan busar dan anak panah.

Punca dan motif insiden tersebut masih dalam siasatan.

– Astro Awani

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat