‘John Lennon punca The Beatles berpecah’ – Paul McCartney

- Advertisement -

London: Selepas setengah abad, Paul McCartney membongkar kisah sebenar mengenai John Lennon yang menjadi punca perpecahan kumpulan muzik legenda, The Beatles.

McCartney berkongsi cerita itu ketika ditemubual dalam program Today di BBC Radio 4 baru-baru ini dan berkongsi mengenai perpecahan kumpulan itu yang berlaku pada 1970.

“John berjalan masuk ke dalam bilik dan berkata, ‘saya nak tinggalkan The Beatles dan ia sama sukar seperti ingin bercerai’.

“Kemudian, kami semua ditinggalkan dan perlu menghadam sendiri apa yang berlaku,” katanya.

Menurut McCartney, antara punca kepada semua yang berlaku adalah apabila Lennon membuat keputusan untuk hidup bersama isterinya, Yoko Ono.

“Salah satu sebab semua ini berlaku adalah apabila John membina hidup baru bersama Yoko dan dia ‘masuk’ ke dalam beg dan berbaring di katil selama seminggu di Amsterdam sebagai protes.

“Memang tak dapat nak berdebat dengannya mengenai perkara-perkara itu,” katanya.

‘Bagism’ adalah satu gerakan yang diwujudkan Lennon dan Ono di mana kedua-dua mereka memakai beg besar seperti pakaian sebagai simbolik untuk mengajak masyarakat tidak menghakimi seseorang individu dari segi penampilan.

Terbaring di katil yang dimaksudkan McCartney pula adalah protes yang dilakukan Lennon dan Ono pada 1969 di mana kedua-duanya berbaring di katil selama seminggu.

Protes yang dilakukan mereka adalah sebagai tanda tidak bersetuju dengan konflik Perang Vietnam.

McCartney berkata, perpecahan itu adalah detik paling sukar dalam kehidupannya.

“The Beatles adalah band, kerjaya dan kehidupan saya. Saya ingin teruskannya sebab saya fikir kami dapat teruskan zaman kegemilangan kami,” katanya.

Terbaru, McCartney akan melancarkan buku komentar mengenai lirik-lirik lagunya bulan depan.

Agensi

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat