Album terbaru Adele bulan depan

- Advertisement -

Penyanyi, Adele mengumumkan bahawa album baharunya yang dinanti-nantikan peminat berjudul 30 akan dilancarkan pada 11 November ini.

Adele membuat pengumuman itu menerusi ciapan di Twitter malam semalam.

“30 – November 19,” tulisnya ringkas.

Dalam hantaran sama, Adele turut berkongsi mengenai perjalanan seninya.

“Ketika saya memulakan langkah pertama tiga tahun lalu, saya tak menjangkakan langkah saya akan sejauh ini.

“Untuk sentiasa rasa selesa dan selamat, saya bergantung kepada rutin yang konsisten. Namun, saya sebenarnya meletakkan diri saya dalam satu situasi yang begitu sukar!” tulisnya.

Menurutnya, dia belajar banyak perkara sepanjang perjalanan itu yang mana mengubah dirinya menjadi siapa dia pada hari ini.

“Saya belajar banyak pengalaman yang sukar sepanjang perjalanan saya. Saya menutup diri saya. Akhirnya, saya sedar bahawa saya mula menemui perasaan saya semula. Sejauh ini, ini adalah detik di mana saya rasa begitu tenang sekali,” tulisnya.

Album 30 menjadi bualan ramai dan dinanti-nantikan ramai peminat setia Adele.

Ia adalah album terbarunya yang akan dilancarkan sejak 2015. Single terbaru dari album itu, Easy On Me akan mula dilancarkan esok.

Agensi

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat