URUS Bantu Golongan Terjejas Bangun Semula Ekonomi Negara

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kira-kira RM1.0 bilion diperuntukkan sektor perbankan bagi membiayai Program Pengurusan dan Ketahanan Kewangan (URUS), demikian kata Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Menurutnya, bagi mengurangkan kesan jangka panjang terhadap ekonomi negara, URUS merupakan program yang mampu membantu golongan paling terjejas dengan pembukaan ekonomi hari ini.

Kerajaan juga jelasnya sedang mengkaji kaedah lain untuk membantu golongan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang akan diumumkan dalam Bajet 2022.

“Secara keseluruhan, bank-bank dianggarkan memperuntukkan sebanyak RM1.0 bilion bagi membiayai kos program ini. Permohonon untuk program ini akan dibuka dari 15 November 2021 sehingga 31 Januari 2022.

“Program URUS akan dikelolakan oleh AKPK yang juga akan memberi bantuan pelan kewangan peribadi serta akses kepada pakej pendidikan pengurusan kewangan kepada peminjam,”

“Untuk membantu aliran tunai segmen PKS yang terjejas, BNM (Bank Negara Malaysia) sudah memperuntukkan lebih RM7 bilion melalui fasiliti pembiayaan, yang disalurkan melalui bank-bank komersial sebagai pinjaman untuk modal kerja, perbelanjaan modal dan membiayai semula pinjaman.

“Bagi memudahkan lagi pinjaman dari bank, kerajaan melalui Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan sudah memperuntukkan jaminan tambahan sebanyak RM20 bilion di bawah pakej bantuan Pemulih untuk menjamin 80 peratus pinjaman yang diambil oleh pihak PKS.

“Di bawah pakej bantuan Pemulih (Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi) dan Pemerkasa (Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi), terdapat juga inisiatif seperti geran dan pinjaman dengan kadar faedah rendah untuk perusahaan mikro yang terjejas akibat Covid-19,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

URUS ditawarkan kepada peminjam dalam kumpulan 50 peratus terbawah (B50) iaitu yang berpendapatan isi rumah kurang dari RM5,880 atau lebih rendah dan manfaatnya merangkumi pengecualian faedah untuk tiga bulan, pengurangan bayaran ansuran untuk tempoh sehingga 24 bulan dan pengurangan kadar faedah.

Dalam tempoh ini, pelanggan dengan pembiayaan dan kad kredit peribadi tanpa jaminan juga boleh mendapat manfaat daripada kadar faedah yang dikurangkan untuk membantu meringankan beban kewangan mereka.

Peminjam yang tidak layak mendapatkan bantuan di bawah program Urus tetapi masih memerlukan bantuan bayaran balik pinjaman, boleh terus menghubungi bank masing-masing untuk berbincang tentang pilihan bayaran balik pinjaman yang sesuai dengan keadaan kewangan mereka.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat