Boeing Wajibkan Pekerja Terima Suntikan Vaksin COVID-19

- Advertisement -

Boeing wajibkan pekerja terima suntikan vaksin COVID-19

Astro Awani

Oktober 14, 2021 08:27 MYT

Syarat tersebut terpakai ke atas kira-kira 140,000 pekerja Boeing, dengan kira-kira 57,000 orang daripadanya berada di Washington.

SYARIKAT pengeluar pesawat Boeing mewajibkan kesemua 125,000 pekerjanya untuk mendapatkan vaksin COVID-19 atau berdepan risiko dibuang kerja.

Mereka harus mendapatkan vaksin tersebut sebelum 8 Dis ini, menurut laporan akhbar The Seattle Times.

“Pematuhan syarat-syarat ini adalah merupakan syarat pengambilan bekerja.

“Para pekerja yang tidak dapat memenuhi syarat-syarat ini boleh disingkirkan dari syarikat,” akhbar itu memetik satu pembentangan dalaman pada Selasa.

Menurut laporan itu, vaksin COVID-19 akan menjadi syarat pekerjaan, namun pekerja boleh mendapatkan pengecualian atas sebab kesihatan dan kepercayaan agama.

Mereka yang mendapat pengecualian akan diwajibkan menjalani ujian COVID-19 secara kerap dan harus bersedia menunjukkan keputusan negatif apabila diminta berbuat demikian.

Syarat tersebut terpakai ke atas kira-kira 140,000 pekerja syarikat itu, dengan kira-kira 57,000 orang daripadanya berada di Washington.

Namun, Boeing dijangka berdepan cabaran pelaksanaan di negeri yang dikawal Gabenor Republikan.

Sebelum ini, Gabenor Texas mengharamkan mana-mana syarikat daripada mewajibkan vaksin COVID-19 kepada pekerja.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,574FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat