Tujuh Lelaki Ditahan, Sindiket Seleweng Diesel Subsidi Tumpas

- Advertisement -

KUALA LANGAT – Satu sindiket penyelewengan diesel bersubsidi yang berselindung di sebalik aktiviti pemprosesan minyak hitam terpakai sejak dua tahun lalu, tumpas selepas diserbu Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 4, semalam.

Menerusi serbuan di sebuah gudang di Jalan Klang-Banting, Sungai Jenjarom, pada jam 9 pagi itu, tujuh lelaki termasuk empat warga asing berusia 22 hingga 37 tahun turut ditahan.

Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed, berkata risikan selama sebulan itu mendapati modus operandi sindiket adalah membeli minyak diesel dari stesen minyak di sekitar Kuala Langat.

“Sindiket berkenaan menggunakan lori atau kenderaan pacuan empat roda yang sudah diubah suai.

“Apabila tong pada kenderaan yang diubah suai itu penuh, kesemua minyak diesel akan dipindahkan ke dalam tangki simpanan Skid Tank dan IBC Tank (Intermediate Bulk Container) di gudang sebelum dijual semula kepada pengusaha industri.

“Ini bermakna, pihak industri akan membeli minyak diesel bersubsidi ini pada harga yang lebih murah berbanding harga industri yang agak mahal (tanpa subsidi),” katanya pada sidang media, hari ini.

Beliau berkata, susulan serbuan itu, pihaknya merampas, antaranya 109,700 liter minyak diesel; 19 lori, IBC tank; tangki besar treler; forklift serta unit pam penyedut minyak yang mana keseluruhan rampasan bernilai hampir RM1.6 juta.

Katanya, sindiket berkenaan menjual diesel subsidi kepada sektor perkapalan pada harga RM8 seliter dan industri perkilangan serta pembinaan, RM3.70 seliter.

“Semua suspek yang ditahan berperanan sebagai pemandu lori dan pekerja am dan kesemua mereka direman enam hari bermula hari ini.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Peraturan 3 (1) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974.

“Kes ini juga sudah diserahkan kepada Kementerian Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) untuk tindakan lanjut,” katanya. – BH

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
230,282FollowersFollow
27,496FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat