Harga Runcit RON97 Turun 5 Sen, Harga RON95 dan Diesel Kekal

- Advertisement -

CYBERJAYA – Harga jualan petrol RON97 turun 5 sen kepada RM4.15 seliter berbanding RM4.20 seliter bagi tempoh esok hingga 21 September.

Bagaimanapun, harga jualan petrol dan diesel dengan RON95 masing-masing kekal pada RM2.05 dan RM2.15 seliter.

Dalam satu kenyataan, Kementerian Kewangan berkata harga runcit mingguan produk petroleum mengikut formula Automatic Pricing Mechanism (APM).

Menurut kementerian itu lagi, bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga minyak mentah sebenar di pasaran global, kerajaan akan mengekalkan harga siling RM2.05 seliter bagi petrol RON95 dan RM2.15 seliter bagi diesel.

“Kerajaan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat